Add caption |
Segala puji bagi Allah, Tuhan
sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.
keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga
ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Berdoa adalah senjata orang
mukmin. Orang mukmin akan banyak berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT
samaada dalam keadaan tenang atau dalam keadaan gelisah .Samaada
ketika gembira atau berduka, kerana hati mukmin sentiasa bergantung dengan
kekuasaan Allah SWT [dan dengan Izinnya ]. Tidak akan rugi jika kita
sentiasa berharap dan berserah diri kepada Tuhan yang Maha Berkuasa.
Rasulullah SAW bersabda :
“Man Qala La Haula wala Quwwata
Illa Billahi Kana dawa’an min tis’atin wa tis’iina da’in, aisaruha al-Hammu”
(yang bermaksud:“Siapa yang
mengucapkan 'La Haula Wala Quwwata illa billahi,' maka ia akan menjadi ubat
kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”). (Hadis Riwayat
Tabrani)
Berdasarkan hadis di atas jelaslah
kepada kita bahawa orang mukmin digalakkan untuk tabah dan berusaha merawat
penyakit asalkan mengikut peraturan agama. Penyakit yang dimaksudkan itu
ada terkandung dalam beberapa ayat al-Quran dan hadis dari Nabi SAW.
Daripada Anas, bahawa Rasulullah
SAW berdoa dengan doa:
“Allahumma innii ‘auuzhu bika
minal barashi wal junuuni wal-juzaami wa sayyi’il asqaam (yang bermaksud): “Ya
Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari penyakit sopak, gila,
penyakit kusta dan penyakit-penyakit yang berat).” (Hadis Riwayat Abu Daud)
Begitu juga hadis riwayat Abu
Daud menyebut bahawa Rasulullah SAW berdoa:
“Allahuamma Inni a’uuzu bika
minal hammi wal hazan, wa ‘auuzhubika minal ‘ajzhi wal kasal, wa’auuzhu bika
minal Jubni wal-Bukhl, wa’uuzhubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal
"
(yang bermaksud) : "Ya
Allah! Aku berlindung dengan nama-Mu dari rasa sedih dan duka.
Aku berlindung dengan nama-Mu
dari rasa lemah dan malas. Aku berlindung dengan nama-Mu dari sifat bacul dan
bakhil. Aku berlindung dengan nama-Mu dari beban hutang dan penindasan
orang."
Apa yang penting pada hadis
berkenaan ialah untuk menyatakan kelebihan dan manfaat besar kepada orang yang
banyak menyebut "La Haula Wala Quwwata Illa Billah’" (yang
bermaksud : Tiada daya dan kekuatan (untuk menolak sesuatu kemudaratan dan
mendatangkan suatu yang manfaat) selain Allah SWT).
Ucapan itu dinamakan "Hauqalah".
Apabila kita ditimpa sesuatu yang kita tidak sukai, banyakkan menyebut
"hauqalah".
Imam a-Nawawi berkata: “La
haula wa la quwwata illa billah”, itulah kalimah yang digunakan untuk menyerah
diri dan menyatakan bahawa kita tidak mempunyai hak untuk memiliki sesuatu
urusan. Ia kalimah yang menyatakan bahawa seseorang hamba tiada
mempunyai daya upaya untuk menolak sesuatu kejahatan (kemudaratan) dan tiada
mempunyai daya kekuatan untuk mendatangkan kebaikan kepada dirinya melainkan
dengan kudrat iradat Allah SWT juga."
Dalam sebuah hadis
menyebut daripada Abu Zar, beliau berkata:
“Aku berjalan di belakang
Rasulullah SAW, lalu baginda berkata kepadaku: “Wahai Abu Zar, mahukah aku
tunjukkan kepada kamu satu perbendaharaan daripada beberapa perbendaharaan
syurga? Aku berkata: "Mahu ya Rasulullah". Baginda bersabda: “La
Haula wala Quwwata illa billah"
.”
Begitu juga hadis daripada Abu
Musa, beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda kepadaku: “Mahukah aku tunjukkan
salah satu perbendaharaan dari perbendaharaan syurga? Saya menjawab: “Mahu ya
Rasulullah". Kemudian Baginda bersabda: "La haula wala quwwata illa
billah.”
Daripada Ibnu Mas’ud beliau
berkata: “Rasulullah SAW bersabda:
"Wahai Muaz, adakah kamu
tahu tafsir (maksud) La haula wala quwwata illa billah? 'Muaz menjawab: 'Allah
dan rasul-Nya lebih mengetahui'. Rasulullah SAW bersabda : 'La haula (tiada
daya) dari menghindari maksiat kepada Allah melainkan dengan kekuatan
Allah, wala quwwata (tiada kekuatan) atas mentaati Allah melainkan dengan
pertolongan Allah SWT. Kemudian Rasulullah SAW menepuk bahu Muaz dan
baginda bersabda: “Demikianlah yang diberitahu oleh kekasihku Jibril
daripada Tuhan.”
Sebenarnya apabila kita banyak
menyebut Allah SWT atau berzikir mengingati-Nya sebanyak-banyaknya, ia mampu
menjadi penyembuh, tetapi sekiranya kita banyak ingat kepada manusia ia
boleh menjadi penyakit.
Sahabat yang dimuliakan,
Sepanjang kita hidup di dunia ini
adakah kita pernah bertemu dengan perasaan gelisah, dukacita, kecewa, putus
asa, forbia, bimbang, risau, takut dan panas baran? Sebagai manusia biasa
pasti perasaan-perasaan tersebut pernah kita lalui. Sebenarnya sejauhmana kita
mampu mengawal perasaan dan emosi kita adalah bergantung tahap keimanan dan
ketakwaan kita kepada Allah SWT. Orang mukmin tidak akan putus asa daripada
rahmat Allah SWT.
Jika kuat iman kita dan keyakinan
kita kepada janji-janji Allah SWT [dalam al Quran dan Hadis2 Rasulullah ] maka semua
masaalah akan dihadapi dengan tenang dan sabar dan sentiasa ingat kepada Allah
SWT.
Orang mukmin akan mengucapkan
kalimah “La Haula wala Quwwata illa billah.” berulang-ulang kali insya
Allah semua masaalah yang dihadapinya akan menjadi mudah dan dapat
diatasi dengan tenang. Allah SWT akan memberikan jalan penyelesaian dengan
cara yang tidak di duga dan ini adalah rahmat Allah SWT dan berkat atau
kelebihan mengucapkan kalimah "hauqalah"
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !